6 RAHSIA PENTING UNTUK MENGUASAI SKILL PEMASARAN FACEBOOK

Dalam merungkai rahsia kejayaan melonjakkan bisnes di Facebook, anda mestilah mempunyai corak pemikiran yang jelas. Oleh itu saya kongsikan 4 Asas Minda Superb sebagai perkongsian awal.



1. Fikir Positif!
Anda MESTI berfikiran positif. Ini adalah untuk memudahkan anda meraih kejayaan yang manis dan bermakna. Fikiran negatif akan mendorong kita ke arah kegagalan dan itu pastinya bukan yang kita mahukan. Betul?

2. Formula MESTI
Saya diajarkan formula MESTI sewaktu Seminar Marketing Power di Melaka pada tahun 2012. Kali pertama saya hadiri seminar anjuran Dr. Azizan Osman dan ianya terbukti membuka minda serta merubah konsep pemikiran agar jadi lebih terbuka.

  • Mentor (M)
    Kita mesti belajar dari seseorang yang telah berjaya dalam bidang yang diceburi. Nasihatnya adalah pengalaman yang telah ditempuhi.
  • Elmu (E)
    Sentiasa tambah elmu. Pelaburan ilmu adalah yang paling berbaloi.

    “Mengosongkan poket untuk mengisi minda.. Minda yang penuh akan mengisi poket selamanya apabila disertakan dengan tindakan.”
  • Sistem (S)
    Bina sistem secara aturan operasi atau automasi perisian. Ini bakal membantu kelancaran bisnes.
  • Tindakan (T)
    Bak kata mentor Dr. Azizan Osman, “Walau pergi nenek seminar sekalipun tapi jika tiada TINDAKAN maka tidak akan berjaya juga!” Mulakan TINDAKAN anda sekarang! Tindakan yang luarbiasa.
  • Impian (I)
    Dengan adanya impian yang jelas maka setiap usaha kita akan mempunyai dorongan yang kuat ke arahnya. Ramai orang ingin kaya tetapi tidak jelas kekayaan bagaimana yang dimahukan. Kaya jiwa? Kaya harta? Kaya kasih sayang? Andainya kaya harta maka tetapkan jumlahnya dan jelas bagaimana untuk mencapai sasaran tersebut.

3. Selaraskan Empat Elemen
Setiap apa yang kita FIKIR, setiap apa yang kita RASA, setiap apa yang kita CAKAP dan setiap apa yang kita BUAT semuanya adalah DOA! Jadi selaraskan sasaran serta tindakan kesemua perkara tersebut. 

4. Buat Yang Terbaik
Walaupun ianya adalah kali pertama dilakukan maka lakukannya dengan sebaiknya. Dalam perniagaan, peluang mungkin hanya datang sekali. Lakukan apa juga usaha anda dengan bersungguh-sungguh!

Seterusnya barulah saya akan huraikan 6 RAHSIA PENTING untuk menguasai Facebook. Ianya adalah ringkas dan mudah difahami. Inilah rahsia kejayaan saya dan inilah formula yang digunakan untuk membantu lebih daripada 3000 usahawan dalam masa tidak sampai 6 bulan pada tahun 2013 lalu dan masih relevan serta berkesan hingga hari ini.

1. Simply SUPERB
Simpler is better! Less is MORE! Anda biasa terbaca atau terdengar perkataan tersebut? Ini adalah kerana dalam mengusahakan bisnes, pastikan anda tidak memaksa bakal pelanggan.

Buat posting yang memujuk menggunakan bahasa yang mudah (simple) dan tidak menggunakan terlalu banyak character (aksara) yang berulang.

Sebagai contoh;

!!! PROMOSI RAYA !!!>>>>> Beli sekarang <<<<< Kenapa perlu bayar lebih?????? Produk kami hanya RM10 sahaja!!!!! 

Jika posting anda kelihatan hampir-hampir seperti yang diatas maka tukar segera! Ini hanya akan menyebabkan bakal pelanggan rasa bengang dan semak minda!

2. Ultimately UNIQUE
Kenalpasti apakah yang UNIK pada bisnes yang sedang anda usahakan. Ramai usahawan yang sekadar terjun botol dalam satu-satu bisnes. Bukan kerana minat atau passion tetapi lebih kepada juling wang!

Akhirnya mereka tidak tahu apa sebenarnya yang dilakukan. Maka kegagalan akan datang menyapa. Yang PALING UNIK adalah DIRI ANDA sendiri. Anda mungkin menjual produk yang serupa dengan orang lain tetapi anda boleh berikan khidmat runding yang istimewa menyebabkan pelanggan akan terus melekat dengan anda.

3. Power PROVOKE
Apabila anda membina ayat-ayat berpengaruh untuk posting, masukkan ciri-ciri provoke supaya ianya membuka minda pembaca dan prospek anda.

Sebagai contoh;

Mahukah anda menangis meraung dan mengalami tekanan perasaan kerana GAGAL memberikan rawatan kesihatan TERBAIK untuk anak anda disaat dia amat MEMERLUKANNYA kerana faktor kewangan?
Saya sangat bersimpati dengan nasib anda. Kami sedia membantu. Telah ramai yang kembali tersenyum dan menarik nafas lega.
Anda bila lagi?

Penggunaan ayat provoke seperti contoh diatas akan mencetuskan kesedaran terhadap pembaca/prospek.

4. Extra EFFORT & Element of EMOTIONS
Mahukah anda berurusan dengan orang yang kelihatan sambil lewa? Membuat kerja seumpama acuh tidak acuh? Kelihatan seperti seorang pemalas?

Pastinya tidak mahu! Anda akan lebih selesa berurusan dengan usahawan yang kelihatan begitu komited dan bersungguh. Betul betul?Kredibiliti tersebut anda boleh perolehi sewaktu membuat posting. Bagaimana?

Gunakan ejaan penuh. Walaupun mungkin dikatakan sebagai skema tetapi kaedah ini akan memberikan anda kredibiliti secara halus.

Jangan gunakan singkatan membunuh seperti ini;

Aq nk g mkn kt c2. Nti caw col aq kt cittew!

Posting yang kemas dan menggunakan ejaan penuh lebih digemari dan selesa kepada pembaca.

JANGAN GUNAKAN HURUF BESAR PADA KESELURUHAN POSTING. IANYA SEUMPAMA MENJERIT!

Element of Emotions pula menegaskan supaya anda mengaitkan faktor emosi dalam penyusunan ayat :) kerana ianya akan memberikan impak secara langsung kepada pembaca. Ianya juga akan lebih mudah difahami.

5. Really RELATE & Ride-the-Wave
Sentiasa pastikan posting anda mempunyai kaitan kepada bisnes yang sedang diusahakan. Ini adalah kerana setiap posting akan membina MOMENTUM dan kita mahukan momentum yang menyokong kepada bisnes. 

Huraian tentang momentum akan dijelaskan dengan lebih lanjut pada topik-topik seterusnya.

Setiap bisnes mempunyai niche tersendiri dan momentum bisnes page anda dibina merujuk kepada posting jadi jangan posting yang tiada kaitan langsung.

Jika anda menjual makanan frozen sebagai bisnes utama di page maka jangan membuat posting jualan tudung. Ini akan memecahkan momentum bakal pelanggan.

Ride-the-Wave pula bermaksud anda mestilah prihatin dan peka dengan perkembangan semasa. Gunakannya untuk mempelbagaikan kempen pemasaran atau dijadikan sebagai bahan posting. Gwiyomi serta Gangnam Style adalah antara subjek yang pernah trending di media sosial jadi gunakannya untuk posting tetapi pastikan anda relate serta memberi manfaat kepada bisnes anda.

Promosi secara bermusim juga adalah WAJIB!

6. Best BRANDING
Bina penjenamaan anda. Walaupun anda hanya menjual karipap!

Penjenamaan KARIPAP GERGASI ini telah melonjakkan bisnes biasa-biasa jadi luarbiasa. Laburkan sedikit kos untuk mendapatkan jenama, logo serta material yang membantu proses branding.

Bisnes yang mempunyai branding akan lebih diingati dan mendapat perhatian daripada bakal pelanggan. Anda akan terkejut dengan hasilnya. Antara perkara yang boleh anda mulakan untuk penjenamaan ialah:


Logo Syarikat/Produk
Label Produk
Timeline Coverphoto Page
Business Card
Baju Korporat (T-Shirt)
Banner/Bunting



Comments

Popular posts from this blog

5 ASAS LANGKAH PERMULAAN BISNES DI FACEBOOK

4 KESILAPAN BESAR USAHAWAN YANG BARU BERMULA

7 PERKARA WAJIB TAHU SEBELUM MULA BERNIAGA ONLINE