7 PERKARA WAJIB TAHU SEBELUM MULA BERNIAGA ONLINE

Hari ini ramai yang sudah pun tahu tentang potensi bisnes di Facebook. Namun peratusan yang perolehi kejayaan adalah kecil jika dibandingkan dengan yang mencuba. Apa silap dan salahnya?

Ianya lebih kepada memahami lanskap bisnes secara keseluruhan dan digabungkan dengan potensi fungsi di Facebook barulah kejayaan akan dicapai. Tidak sukar namun ramai yang ambil mudah beberapa elemen kecil tetapi super penting!




1. Keyword = RELATIONSHIP, walau apa pun strategi yang saya huraikan, ASASNYA berbalik kepada KEYWORD! Apa dia? RELATIONSHIP! Good job. 



Kenapa RELATIONSHIP?
Sebab Facebook adalah MEDIA SOSIAL.

2. Bertanggungjawab!
Anda mesti bertanggungjawab terhadap semua kandungan posting yang dilakukan. Kerana di Facebook juga ada undang-undang mereka yang perlu kita patuhi. Jangan sesuka hati COPY & PASTE posting orang lain. Anda berisiko untuk dikenakan tindakan oleh pihak pentadbir Facebook.

3. The Right Time!

Maksudnya anda mesti membuat sesuatu perkara pada masa yang tepat! Andainya anda baru je sekejap tadi bina page, mulakan dengan posting yang bersesuaian. Jangan terus promosi produk/bisnes tak tentu hala. Memang tak ke mana jawabnya. Pilih pendekatan yang sesuai mengikut tujuan.

4. Sangat digalakkan untuk menggunakan PAGE bukan PERSONAL account di Facebook untuk buat bisnes. Kenapa ya? Terdapat banyak fungsi dan fasiliti di page untuk memudahkan urusan bisnes :)


Contohnya;


  • Fungsi INSIGHT hanya terdapat pada page yang sudah mempunyai 30 likes.
  • Anda akan ketahui maklumat penting tentang audience yang anda miliki.
  • Anda akan dapat membuat analisa tentang posting serta corak bisnes yang sedang anda jalankan.


5. Bersedia untuk buat pelaburan!

Jika anda benar-benar serius untuk memajukan bisnes pada kadar yang lebih pantas maka sediakan kos pemasaran Fb Ads untuk kuasai wilayah perniagaan anda serta niche pasaran anda.

6. Maintain MOMENTUM!

Konsisten membuat posting dengan ayat berpengaruh akan membuatkan page anda mendapat perhatian yang lebih. Ini membina kredibiliti serta meningkatkan keyakinan bakal pelanggan. Pastikan anda update posting setiap hari!

7. RESPON PANTAS!

Berikan respon segera kepada pertanyaan atau komen. Ini membuatkan bakal pelanggan merasa dihargai dan menunjukkan komitmen anda sebagai usahawan yang memberikan khidmat terbaik! Terdapat pelbagai cara untuk anda memberikan respon segera kepada komen atau mesej di inbox.

Semoga perkongsian ini memberikan input berguna untuk anda. Saya doakan anda bermula dengan langkah kanan! Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat percuma, sila hubungi http://wasap.my/+601128002424



Comments

Popular posts from this blog

5 ASAS LANGKAH PERMULAAN BISNES DI FACEBOOK

4 KESILAPAN BESAR USAHAWAN YANG BARU BERMULA