5 ASAS LANGKAH PERMULAAN BISNES DI FACEBOOK


Anda sudah bersedia untuk mempunyai bisnes di Facebook? Tetapi masih blur apakah persediaan yang seharusnya dilakukan pada peringkat awal. Saya berikan senarai asas yang mesti ada.

1. Page Bisnes
Anda mesti bina page. Ianya boleh dilakukan sendiri dengan amat mudah.

Create Page:
http://www.facebook.com/pages/create

Anda boleh bina seberapa banyak page yang dimahukan. Jangan takut untuk membuat kesilapan sewaktu membina page. Ianya boleh disunting kemudian malah boleh dihapuskan (delete) terus.


2. Coverphoto
Saiz coverphoto ialah 851x315 piksel. Anda mesti mengupah pakar grafik untuk menghasilkan coverphoto yang professional. Ini adalah sangat-sangat penting! Upahnya mungkin sekitar RM50 sehingga RM200.

Adalah disarankan untuk meletakkan gambar pemilik page (jika sesuai). Ini sangat membantu mempercepatkan keyakinan bakal pelanggan untuk berurusan transaksi jual beli.

3. ‘About’ Section
Ruangan ‘About’ di page adalah berbeza-beza mengikut kategori. Pastikan anda mengisinya dengan cermat dan penuh dengan informasi. Nombor telefon dan email untuk dihubungi wajib diletakkan untuk memudahkan urus niaga. Masukkan juga info syarikat (Nama & nombor pendaftaran).

4. Posting
Sekiranya ia adalah page yang baru dan masih kosong, anda mulakan posting yang mendidik bakal pembaca untuk mengetahui tentang produk/bisnes anda.

Lengkapkan minima 6 posting sebegitu pada peringkat awal dan bina momentum!

5. Likes
Pada peringkat awal, anda mesti mengumpul sehingga 30 likes untuk mendapatkan username page yang lebih singkat. 

Secara default, anda akan mendapat alamat sebegini http://www.facebook.com/pages/nama-page/1997272781987155 dan ianya boleh ditukar kepada http://www.facebook.com/nama-page selepas mendapat 30 likes.

Ajak rakan-rakan Facebook anda untuk like page.

EXTRA TIPS:
Anda boleh mulakan bisnes tanpa ada produk sendiri. Mulakan dengan konsep DROPSHIP. Ianya adalah konsep mudah dimana anda membantu menjual produk orang lain. Tak perlu menyimpan stok dan sebagainya.


Comments

Popular posts from this blog

4 KESILAPAN BESAR USAHAWAN YANG BARU BERMULA

7 PERKARA WAJIB TAHU SEBELUM MULA BERNIAGA ONLINE