Posts

Showing posts from July, 2017

4 KESILAPAN BESAR USAHAWAN YANG BARU BERMULA

Image
Apabila usahawan terlalu ghairah untuk kejar kejayaan di Facebook, selalunya mereka lupa untuk memahami bahawa setiap pelaburan mempunyai risiko. Adakah risiko yang diambil sudah dikira? Atau hanya redah mengkhinzir buta tanpa ilmu? Berani bodoh berniaga tanpa ilmu hanya mengundang kegagalan dan kekecewaan dalam hidup. Saya kongsikan 4 kesilapan besar yang menjadi belenggu kegagalan ramai usahawan. 1. Laburkan duit di Fb Ads dan lepas tu tunggu tempahan masuk! Memang takkan berlaku. Jangan fikir Fb Ads itu dah cukup untuk membina bisnes berjaya di Facebook. 2. Lantik Facebook Manager yang murah tapi hanya tahu posting melulu tanpa strategi. Ini kes lagi kesian, duit habis. Kononnya disalurkan pada yang pakar tapi tersalah pakar. 3. Tag semua orang! Nanti semua orang akan datang beli barang. Jika anda rajin tag tanpa kebenaran maka anda sebenarnya sedang mengumpul kebencian orang. 4. Paksa orang beli. Jangan fikir bisnes di Facebook di serupa macam bisnes pasar malam at

5 ASAS LANGKAH PERMULAAN BISNES DI FACEBOOK

Image
Anda sudah bersedia untuk mempunyai bisnes di Facebook? Tetapi masih blur apakah persediaan yang seharusnya dilakukan pada peringkat awal. Saya berikan senarai asas yang mesti ada. 1. Page Bisnes Anda mesti bina page. Ianya boleh dilakukan sendiri dengan amat mudah. Create Page: http://www.facebook.com/pages/create Anda boleh bina seberapa banyak page yang dimahukan. Jangan takut untuk membuat kesilapan sewaktu membina page. Ianya boleh disunting kemudian malah boleh dihapuskan (delete) terus. 2. Coverphoto Saiz coverphoto ialah 851x315 piksel. Anda mesti mengupah pakar grafik untuk menghasilkan coverphoto yang professional. Ini adalah sangat-sangat penting! Upahnya mungkin sekitar RM50 sehingga RM200. Adalah disarankan untuk meletakkan gambar pemilik page (jika sesuai). Ini sangat membantu mempercepatkan keyakinan bakal pelanggan untuk berurusan transaksi jual beli. 3. ‘About’ Section Ruangan ‘About’ di page adalah berbeza-beza mengikut kategori. Pastikan anda m

6 RAHSIA PENTING UNTUK MENGUASAI SKILL PEMASARAN FACEBOOK

Image
Dalam merungkai rahsia kejayaan melonjakkan bisnes di Facebook, anda mestilah mempunyai corak pemikiran yang jelas. Oleh itu saya kongsikan 4 Asas Minda Superb sebagai perkongsian awal. 1. Fikir Positif! Anda MESTI berfikiran positif. Ini adalah untuk memudahkan anda meraih kejayaan yang manis dan bermakna. Fikiran negatif akan mendorong kita ke arah kegagalan dan itu pastinya bukan yang kita mahukan. Betul? 2. Formula MESTI Saya diajarkan formula MESTI sewaktu Seminar Marketing Power di Melaka pada tahun 2012. Kali pertama saya hadiri seminar anjuran Dr. Azizan Osman dan ianya terbukti membuka minda serta merubah konsep pemikiran agar jadi lebih terbuka. Mentor (M) Kita mesti belajar dari seseorang yang telah berjaya dalam bidang yang diceburi. Nasihatnya adalah pengalaman yang telah ditempuhi. Elmu (E) Sentiasa tambah elmu. Pelaburan ilmu adalah yang paling berbaloi. “Mengosongkan poket untuk mengisi minda.. Minda yang penuh akan mengisi poket selamanya apabila dise

7 PERKARA WAJIB TAHU SEBELUM MULA BERNIAGA ONLINE

Image
Hari ini ramai yang sudah pun tahu tentang potensi bisnes di Facebook. Namun peratusan yang perolehi kejayaan adalah kecil jika dibandingkan dengan yang mencuba. Apa silap dan salahnya? Ianya lebih kepada memahami lanskap bisnes secara keseluruhan dan digabungkan dengan potensi fungsi di Facebook barulah kejayaan akan dicapai. Tidak sukar namun ramai yang ambil mudah beberapa elemen kecil tetapi super penting! 1. Keyword = RELATIONSHIP , walau apa pun strategi yang saya huraikan, ASASNYA berbalik kepada KEYWORD! Apa dia? RELATIONSHIP! Good job.  Kenapa RELATIONSHIP? Sebab Facebook adalah MEDIA SOSIAL . 2. Bertanggungjawab! Anda mesti bertanggungjawab terhadap semua kandungan posting yang dilakukan. Kerana di Facebook juga ada undang-undang mereka yang perlu kita patuhi. Jangan sesuka hati COPY & PASTE posting orang lain. Anda berisiko untuk dikenakan tindakan oleh pihak pentadbir Facebook. 3. The Right Time! Maksudnya anda mesti membuat sesuatu perkara pada